SEJARAH PENUBUHAN


Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Murni Pasir Panjang telah ditubuhkan pada 17 Mac 1997. Pada awal penubuhannya, PDK ini menumpang di bangunan lama Pusat Jagaan Lanjutan (PJL) yang kini dikenali sebagai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pada ketika itu, jumlah yang hadir ke PDK adalah seramai 19 orang dan kes lawatan di rumah seramai 10 orang.


Dengan inisiatif dan sokongan daripada penaung dan jawatankuasa, maka terdirilah sebuah bangunan baru yang projek pembinaannya bermula pada bulan Ogos 2001 yang dilakukan secara gotong royong oleh pihak tentera dari Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) Port Dickson. Bangunan baru ini telah siap dibina pada awal Disember 2001 dan mula digunakan pada sessi persekolahan Januari 2002. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Dato’ Isa B. Dato’ Haji Abdul Samad pada 28 Mei 2002. Pelatih di PDK ini terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan seperti Down Sindrom, Akal, Cerbal Palsy, Anggota dan Masalah Pembelajaran.


Kini, PDK Pasir Panjang mempunyai 4 orang petugas dan serang penyelia. Pada awal Mei 2008, sebahagian kanak – kanak telah dipindahkan ke Telok Kemang mengikut kawasan Dun Bagan Pinang. Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan pelatih di PDK adalah seramai 16 orang dan kes lawatan di rumah seramai 5 orang. Jumlah keseluruhan ialah seramai 21 orang.