OBJEKTIF PENUBUHAN

1.     Melatih OKU berdikari dan mengikis sikap rendah diri terhadap masyarakat sekeliling.

2.     Memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa OKU adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai hak dalam masyarakat.

3.     Meningkatkan kesedaran kepada keluarga dan masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap OKU.

4.     Memberi peluang kepada OKU yang kurang bernasib baik untuk menyesuaikan diri dengan keaadan sekeliling dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti kemasyarakatan.

5.     Menyediakan peluang kepada OKU untuk membangunkan kebolehan, kemahiran dan potensi yang ada dalam diri mereka.